Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, February 22, 2011

Kisah ibu melahirkan

Salam..

Fuh fuh dah berabuk bersawang dah blog ni, lama sangat tak bukak..=)

Alhamdulillah, akhirnya selepas 9 bulan penantian, baby Adam Waqiuddin dah selamat dilahirkan pada 20/01/2011, jam 2.25 pagi. Berat masa lahir 3.4 kg tu hamekau. Dimasa aku menulis ni baby dah cukup sebulan, semalam timbang je, berat dah 5 kg. ni gambar masa baru lahir;

ni pulak pas sebulan;

cute ngak?hehe.. ramai kawan2 aku yang kate Adam iras muka aku, sampaikan bapaknye pula naik jeles..huhu

Satu masa dulu, aku selalu pandan tinggi pada kaum ibu ni..sebab aku rasa macam tak mampu je..bila aku dah lalui semua ni, baru aku sedar yang menjadi seorang ibu tu adalah proses biasa dalam hidup dan malah merupaka lumrah dalam kehidupan seorang wanita..bila Adam dah selamat dilahirkan, aku rasa bagaikan hidup aku ni dah lengkap. Dah sempurna.. Alhamdulillah syukur sangat atas limpah kurnia Allah ni..aku diberikan peluang untuk merasa menjadi seorang ibu. Alhamdulillah jua melahrikan Adam ni tak susah..diberikan kemudahan oleh Allah..Adam lahir lepas 20 jam aku menahan sakit contraction, dan cuma setengah jam dalam labour room. Tanpa episotomi, epidural, induction, dan paling penting tanpa c sect..fuhhhh

Pagi 20 haribulan tu, dalam pukul 6.30 pagi, memang tarikh due aku. Tetibe aku rasa macam kain aku basah n melekit lain macam.. tengok2 rupanya darah dah keluar dengan lelehan pekat lain macam. Terus aku kejutkan encik hubby yang terus melompat pg bersiap kat bilik air...hai, dia plak yang terlebey panik dari aku yang nak melahirkan ni. Aku bagitahu ma, then ma suruh makan dulu kenyang2..fuhh..sempat aku Amerasa makan nasi lemak lauk ikan ayor dulu pagi tuh..hehe. Ma cakap takyah pegi spital pg2 ni, sebab anak sulung biasanya ambil masa lama nak membuka jalan tu. so dalam pukul 10 pagi gitu baru aku pergi ke klinik kesihatan. Tak jauh pun, sebelah rumah aku ni je..Pergi2 dengan pakai kain batik je ala-ala bersedia gitu..terus aku diminta baring. "malu la kak.." sempat g aku cakap camtu, misi Masitah tu pun cakap.." Ala, takyah malu la dik, akak dah anak 2org dah ni.." Alahaiiii..lepas buat Vaginal Inspection (VE), bukan Ve kumpulan penyanyi tu, dikatakan bukaan dah 3 cm kot. Balik tu aku pun gitau la ma n hubby..

Kata ma, biasanya klinik cakap 3 cm, cek kat spital baru 1 cm..so ma kata takyah g spital lagi. Mesti korang pelik kan camne ma aku cool sangat? ok, ma aku staffnurse kat spital yang kitorang nak pegi ni, Hospital Setiu. Sebab tu aku balik beranak kat sini sebab tempat kije ma, ramai yang ma kenal boleh tolong2..so dalam pukul 2 camtu baru kitorang pegi spital. Masuk wad bersalin untuk VE lagi sekali, rupanya baru 1 cm. Ceh, betul kata ma..masuk pukul 5 tu aku dah start rase contraction bertambah sakit yang amat..tetibe je kot. Sekali contract, sakitya sampai aku kene mengalirkan air mata..aduyaiii...tapi sambil gelak ..malu..sempat kontrol g tu..hehe. Time tu aku terpaksa solat dalam tak khusyuk menahan sakit.

Masuk maghrib je, aku dah rase nak terberanak..sakit sangat2..minta ma amekkan ubat berak, sebab aku takut dah nak terberanak. Tapi nak amek ubat berak ni, bukaan kene kurang dari 4cm, sebab takut meneran kuar baby lak. Jadi kenela VE lagi sekali. Cek2, rupanya pukul 7 punya sakit macam nak terberanak tu baru je 2 cm!boleh bayangkan tak? ha, so aku pun membe**k la puas2 dulu.. dalam pukul 10 malam tu aku dah tak boleh berdiri atau berjalan..ma amekkan kerusi roda..aku dah rasa nak tercabut nyawa tiap kali contraction tu..perghh..time tu la, aku pegang n cium2 tangan ma.. ku minta maaf minta ampun semua salah silap aku, sebab takut susah nak bersalin ni sebab banyak dosa ngan ibu. Sambil2 tu tiap kali sakit aku terus istighfar, aku ingat dan niatkan betul2 yang sakit melahirkan ni jadilah kifarah dosa aku..

Pukul 11 cek VE, baru 4 cm.. misi yang cekkan tu agaknye kesian tgk aku dah macam org lumpuh dah, tolong godeh2 bagi luas sikit bukaan tu..huhu. dapatla dalam 5/6 cm, katanya..tu kire kalau dah 5 cm leh masuk labour room dahla..so aku pun terus menunggu. Rupa-rupanya kesakitan nak membuka tu dia berperingkat agaknya..setiap kali buka satu cm, sakit ye naik jadi 10 kali ganda, So dapat tak puan2 bayangkan, sakit 10 cm tu camno?huhu pukul 12 tu akhirnya aku masuk wad bersalin tu..bersedia untuk perjuangan ultimate. huh.