Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, December 26, 2010

Doa buat air selusuh

Doa selusuh untuk dibaca oleh suami, moga dapat dimanfaatkan

Pertamanya niatkan ikhlas kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan bersalin
1) membaca surah al fatihah dan selawat ke atas nabi
2) membaca ayat 54-56 surah al a'raf sebanyak 3 kali
3) membaca ayat pertama surah at-tariq sebanyak 3 kali
4) membaca ayat kursi sebanyak 3 kali
5) membaca permulaan surah qalam sebanyak 17 kali, nun pada permulaan surah dikatakan membawa makna nasir (penolong) dan nur (cahaya)
6) membaca bahagian terakhir ayat 104 surah yusuf sebanyak 17 kali
7) membaca surah mu`awwizatain (surah al-falaq dan surah an-nas) sebanyak 3 kali
8) membaca doa nabi yunus dalam perut ikan nun dalam ayat 87 surah anbiya' sebanyak 17 kali
9) akhir sekali baca "ya fattah bila miftah iftah lana bihurmati ummi musa bint lawi bin ya'kub salawatullahi taala 'alaihim ajma'in wa bihurmati buduhi" sebanyak 17 kali

Doa-doa ni boleh dibaca sama ada pada 3 biji pisang, atau air masak atau minyak. Kalau pada pisang hendaklah dimakan terus.kalau air dan minyak sapu pada perut dari atas ke bawah

kalau bunga akar fatimah tu rendamkan dalam air, kemudian minum..

wallahua'lam...
sesungguhnya al quran itu shifaa dan rahmat

Petua ibu mengandung

something to share

KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA

Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

2)Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
- Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

3) Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.


2) Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih
serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang
bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

3) Petua Membersihkan Rahim
a) Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantan

something to share

Monday, November 1, 2010

Pesanan kepada pengantin baru

Sapa2 yang nak dekat2 kawen tu, sila le bace ni ek..

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sunday, October 31, 2010

Kisah si ibu emo

Lama dah tak menaip sendiri..

saja aku postkan petua-petua dan amalan-amalan ni..bukan ape, kalau dah baca sekali mbas, lama-lama ilang macam tu je. Kalau letak dalam post ni kan bagus, boleh share ramai-ramai..=)

Alhamdulillah..projek paper dah hantar.. memang terima kasih tak terhingga la kat hubby aku sorang n..tanpa dia, tak tau la jadik ape. Dialah tukang bebel, tukang format, tukang tolong print..almaklumlah, bini ngah duk sarat ni ha..

Alkisahnya..aku selalu dengar yang org mengandung ni emosi tak stabil.. tapi rasa macam selama aku mengandung ni takdelah emosi teruk sangat kot..sampai la hari ni..huhu. Bukan ape, projek dah siap, ingat dapat la pokus kat rumah ni, nak membasuh pinggan mangkuk, rajen-rajenkan masak, kemas rumah, lipat baju. Tapi makin sarat ni, simptom penyakit teruk sangat..sakit belakang, sakit badan, kronik sampai takleh duduk, takleh baring, takleh jalan.. tak tau nak buat ape lagi dah..

Pas encik hubby solat isyak, tengok aku dah lain macam, terusla dipujuk-pujuk, tanye kenapa..ntah kenapa emosi sangat, tanak jawab..geleng kepala je..sedar-sedar mata dah berkaca. bile dah kene peluk, terus start HUJAN.. mula-mula hujan renyai, lama-lama hujan makin lebat..lebat yang status banjir boleh lemas punya. Hubby plak duk risau..takut aku sesak napas, mane tak, muka tekup ket perut orang tu. hubby pujuk-pujuk la jugak..siap suruh mengucap, istighfar segala bagai..dah macam histerik gak ar..last-last dapat gak aku kawal bile dah hubby cakap.."yang,karang abg nangis jugak ni ha"..dapat bayangkan, mesti hubby risau sangat..

Aku rasa nak nangeh tu sebab emosi tak berapa nak betul sangat..campur sakit belakang n pinggang, pastu campur plak perasaan bersalah tak dapat berbakti dekat suami sendiri..pastu yang lagi terharu, buka2 FB nampak status ni;

Dari Wahidin Zainal
"Wahai adam anakku..sayangilah,hargailah ibumu Nurul Ain Mohd Reduan..segala kepayahan,kesakitan dan pengorbanan ditanggung untuk membawamu kedunia yang fana ini..jadilah insan yang bertakwa dan taat padaNYA dan kami berdua sebagai ibu bapamu..amin.."

Hujan renyai-renyai lagi sekali..

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Friday, October 29, 2010

My Beautiful Life: Doa dan amalan ketika mengandung

My Beautiful Life: Doa dan amalan ketika mengandung: "Macam dah terlambat jer kan nak buat entry ni huhu.... Tapi xpela, asalkan ada. Actually info2 kat blog ni mmg untuk rujukan sendiri, tapi m..."

LAGI PETUA PELINDUNG DIRI

Bagi para pesakit tak kira apa jenis gangguan pun, amalan yang boleh anda lakukan setiap hari adalah;

1) Pendinding diri, baca;

Al-Fatihah, 7xAL-Falaq, 7xAn-Nas, 7xAl-Ikhlas, 7xAyat Kursi, 7x

Amalkan setiap pagi, petang, dan sebelum tidur.

2) Zikrullah, baca selepas maghrib;

Zikir Fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar), 100xZikir Nafi Isbat (Laa ila ha illallah), 100x

3) Kemudian baca surah Yasin satu bilangan. (setiap hari selepas maghrib)

InsyaAllah, perubahan akan dapat dirasai.

Antara kaedah-kaedah lain untuk menghalang was-was ketika beramal dan beribadah ialah dengan membaca surah,

1)Al-Fatihah, 1x2)An-Nas, 7x

Amalkan setiap sebelum mula beramal atau beribadah.

Dengan izin Allah..Dia akan menyembuhkan segala yg sakit.... Insya-Allah...

Wednesday, October 27, 2010

PETUA BAKAL BINI N BINI2

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Monday, October 25, 2010

Petua Mencuci Hati

ni lagi petua dr fadzilah kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Saturday, October 23, 2010

Piece of advice

Many people stay in their jobs longer than they want to, because they are unsure of what to do next. They tell themselves that the answer will come someday. Whenever that day comes, they will make their move. But in the meantime, they are stagnant and unhappy.

Solution: Decide to change your job if you are unhappy in the one you have now and you have given it your best shot.So, what do you say? You only have one life to live, so it might as well be a life you love!

Thursday, October 21, 2010

pengalaman preggy dulu dan sekarang

Rooooaaarrr...

Badan penat dan lenguh-lengih pagi ni..rasa memang tak larat sangat lagi dah..Humm..Baru aku tau macam mana rasanya jadi cam MA.Ma ni mak eden la..

Penat tau ngak..siang nak keje g opis, badan tak sedap sebab pregnant, balik umah nak kemas umah sepah..(BF i cakap takyah kemas, ye kemas nanti bile ye free, tapi bese ar pompuan, takleh nampak sepah ni). kalo korang nak tau, macam ni la mak2 kite rase masa ngandungkan korang dulu tau ngak??? Cuma yang ma i tak rase, adalah sambil buat seme ni, nak kene buat master plak tu..Huwaaaaaaaaaaa.........

Minggu depan dah nak anta ni..Stress3!!!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Langkah Untuk Mengatasi Masalah Politik Pejabat

Mari-mari2 kita belajar sama2, teknik handle politik pejabat!

Kebanyakan dari kita kalau boleh nak pergi kerja tanpa sakit kepala hanya semata-semata untuk melayan karenah rakan-rakan sekerja yang cuba untuk menjatuhkan kita, berlaku pengkhianatan semasa menjalankan tugas dan ada pula yang cuba mendapatkan semua kredit untuk dirinya sendiri walaupun itu adalah usaha orang lain.Menarik bukan! Ada pula yang mengapi-apikan rakan baik , sabotaj dan ini semua berpunca dari perasaan cemburu dan sebagainya.Ada pula yang cuba berbaik-baik dengan bos semata-mata mahu kesenangan naik pangkat atau sebagainya dan dengan rela hati menjadi mata dan kepala bos untuk memantau keadaan pejabat.Pantang melihat kejayaan rakan sekerja yang lain , awal-awal dia sudah cucuk jarum.

Inilah yang dinamakan politik pejabat.

Politik pejabat telah lama sinonim dengan bergosip dan sabotaj.Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terlibat atau tidak dengan politik pejabat.Percaya atau tidak, politik pejabat mirip kepada permainan.Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana politik pejabat yang kotor.Namun,ada cara untuk meminimumkan politik pejabat tersebut.

Ah! Memang tak best langsung lah hari-hari dok mengadap muka diorang kan.Kalau boleh , kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?


Elakkan konfrontasi secara langsung

Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.Jika korang tersilap-langkah ,ini akan mengundang risiko ke atas diri anda tambahan pula ada yang mempunyai kabel besar dengan bos.Jika ada yang cuba untuk membalas dendam atau sebagainya , cubalah dapatkan bantuan dari pihak yang anda benar-benar percaya sahaja.

Berjumpa pihak pengurusan

Berjumpa pihak pengurusan atau HR.Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama jika rakan kerja yang terlibat mendapat sokongan dari bosnya.Jika anda mempunyai bukti yang anda telah dianiaya , jangan keberatan untuk bertemu pihak pengurusan.

Jadilah diri sendiri dan jangan hipokrit.

Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100%, tapi itu tidak bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka.Kita kena pandai untuk tidak melayan mereka yang bergossip kotor dan menikam orang dari belakang.Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tetapi kita harus menapis yang mana baik dan yang mana buruk.

Anda Harus Tabah.

Terus-terang , kita mesti tidak senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu.Sememangnya , mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain.Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita, jadi jangan biarkan mereka menang.Berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.

Handle Musuh Anda Dengan Baik

Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah menyatakan ‘hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri’. ‘Musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita ‘ (Nabi Muhammad s.a.w.).

Kenal siapa yang menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng anda.

Anggap politik pejabat adalah sesuatu yang normal.

Jangan dikusutkan sangat kepala dengan masalah birokrasi,gosip liar dan sebagainya.Mereka yang terlibat dengan politik pejabat ini sebenarnya manusia biasa juga.Mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana pejabat tidak mesra.Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain , bodek-membodek dan ada kumpulan sendiri adalah sesuatu yang normal dalam pejabat cuma kita kena pandai handle.Pastikan juga kita tidak menggunakan “politik pejabat” sebagai alasan untuk menutupi kekurangan diri.

Terlibat atau tidak , korang harus tahu cara untuk mengatasi masalah politik pejabat.Pilihan adalah ditangan anda.

Thursday, October 7, 2010

PESANAN BUAT SUAMI 2

Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2.Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5.Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10.Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12.Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13.Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14.Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15.Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16.Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17.Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18.Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan
.
19.Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20.Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21.Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22.Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23.Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24.Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26.Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27.Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28.Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29.Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30.Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31.Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32.Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33.Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34.Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35.Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36.Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37.Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38.Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39.Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40.Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41.Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42.Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43.Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44.Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45.Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46.Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47.Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48.Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49.Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50.Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Tuesday, September 7, 2010

PESANAN BUAT SUAMI

Suke suke sangat sangat!

Buat seme yang bakal, sudah, atau berniat nak mendirikan rumahtangga..

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
by Tengku Muhammad Kalmani As-Saif on Sunday, 05 September 2010 at 00:02

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Selamat beramal!!

Tuesday, August 31, 2010

puasa n sahur

warkkkkkkhhhh...

First sekali, marila kita panjatkan syukur kerana dengan limpah kurnianya, hari ini kita masih bernyawa. Kepada semua umat Islam, harap belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa. Sekarang dah tinggal 10 hari terakher ramadan, maka sama-sama la kita kejar lailatulQadr.

Aku?

Sepanjang puasa ni banyak jugak yang aku terlepas..badan tak sihat.. masuk sekarang dah sebulan dah demam +batuk +selesema. Kadang-kadang ada, pastu surut pulak. Inilah ujian untuk orang mengandung..aku baca kat blog, yang demam-demam ni sebab nak tukar semester (dah macam masuk u pulak baby ni). Tapi sangat seronok sebab, inilah puasa pertama aku bergelar wanita mengandung. Yela, tak sempat merasa raya pertama sebagai isteri, terus jadi perempuan mengandung. Tapi aku masih bersyukur Ya Allah, sebab dikurniakan anugerah yang tak ternilai rasanya. Makin lama, rasa keibuan tu dah mula menebal.

Hari tu masa demam teruk, tanak makan ubat sebab risau efek kat baby. Akibatnya, demam makin teruk. Time tu badan panas sangat, tapi yang aku fikir masa tu cuma keadaan baby je. Kesian btul budak kecik ni.. Sampai satu masa, aku dah risau kenapa baby tak gerak-gerak. RTisau sangat time tu, pastu cek Dr. NAsib baik baby ok..jadi, lepas tu, aku berazam kat hubby, walau apa-apa yang terjadi, baby akan aku utamakan. kalau memang takleh puasa, maka tak puasa la aku..telan minum air banyak-banyak bagi badan sejuk sikit. Jadi, akibatnya, puasa kali ni, banyak la aku ponteng..kui3. Lepas siapkan makanan berbuka untuk hubby, kemas pinggan mangkuk seme, badan terus mengah.. Tak larat dah.Setiap hari berazam nak tarawikh, tapi akhernya......ZZzzzzz...

Sahur pulak, memang tiap hari aku bangun sediakan sahur untuk kitoran.Yelah, walaupun tak puasa, kene cover cover dengan jiran sebelah gak..takkan nak bangun emasak di pagi hari, kantoi ar..huhu. Tapi seronok sangat dan puas dapat buat semua ni..terasa hidup aku macam dah lengkap bila dapat tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Seronok yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. (mesti korang tak sangka AKU yang cakap macam ni kan?hehehe). Yela, cium suami dapat pahala, peluk suami dapat pahala, masak untuk suami dapat pahala, bangun sahur dapat pahala..MasyaAllah..banyak kan pahala Allah nak bagi kat orang yang mendirikan rumah tangga? Maka...miraaa...hehehehehehe

Satu lagi yang seronok..ialah baby dalam perut ni dah kuat betul geraknye. Belum scan kali kedua lagi, tapi bila aku letak tangan kat perut untuk rasa jantung dia, terus dia tolak tangan aku balik.. huhu. Bila hubby pelak nak dengar degupan jantung ye, letak telinga kat perut, terus ditolaknya lagi..terasa tulang tangan kecil tu dah kuat. time tu rasa ajaib sangat. Terifikir macam mana indah ciptaan Tuhan ni. Dalam perut ibu boleh jadi nyawa baru dalam masa 9 bulan je, sedangkan saintis berkuru-kurun nak klon manusia, tak pernah mampu. Terfikir jugak ,macam mana la agaknya gabungan antara darah dua insan ni..huhuhu. Dan kadang-kadang buat aku tertanya-tanya. macam mana manusia boleh sanggup nak buang bayi yang dilahirkan macam tu je....

..Seronok...=)

Monday, August 23, 2010

I dont think i love my job anymore

Seyes.

Inilah tajuk blog saya hari ini.

Ntah ar. Yes i know, hari tu ye ye cakap keje ni besh gile ar, ape ar, dentam dentum guruh bagai. Yes. Tapi tu D.U.L.U. Ntah ar, maybe manusia ni memang diciptakan cepat boring. (dulu takut kawen sebab yang same gak..huahuahua). Boring dengan rutin yang sama, kerja yang berlambak tak habes habes kot. Ataupun sebab environment dia. Kije besh tapi environement kije tak besh, kije kita pun jadik tak besh gak, kan?

Apakah yang kita nakkan dalam dunia ni sebenarnya?

These couple of days, aku memang jadi tak keruan bila fikirkan ni semua. Until aku capai satu keputusan yang besh.
I desperately wanna be a housewifey
mungkin sebab memang sifat semulajadi, fitrah seorang wanita kot. Kepuasan sebenar akan tercapai bila rumahtangga aman, rumah ko kemas, tak bersepah, anak-anak sayangkan ko..(aku tau ramai yang baca ni tak kawen lagi, tapi believe me, u will experience all these). Itulah bila aku capai keputusan yang besar dalam hidup aku hari ni. I'm going back into business. YES. U heard me rite. Jum3 kita buat bisnes ramai-ramai nak? perniagaan kan ialah 9/10 cabang kekayaan.

Kepada minah minah n mat mat yang sibuk duk tanam anggur tu semua, kalau aku la jadik korang, lame dah aku wat bisnes tau tak? Bukan ade mende nak pikir pun, kalo jatuh, jatuh sorang-sorang. Bila ade komitmen ni lagi banyak mende nak kene pikir. Sape nak bayar sewa rumah? pinjaman kereta agi? huh. Kalo tak keje, takleh dah la makan piza hari-hari. hehe. Kontrak aku tamat bulan depan. Mood sekarang???malas gile nak sambung kontrak. Aku rasa maybe ni petunjuk yang Allah nak bagi kot. Sebab baru baru ni aku dah buat istikharah minta petunjuk jalan yang benar. Tapi kita tengok sama sama apa yang dipermudahkan olehNya untukku.

Sebagai penutup, meh share something:
Jadi orang pompuan ni senang sikit dari jadik orang laki. Kata hadis Rasulullah S.A.W.
Seorang wanita itu, jika dia melakukan 4 perkara, masuklah dia dari pintu syurga yang mana mana sekalipun, iaitu Solat 5 waktu, Taat pada suami, Puasa di bulan ramadan, bayar zakat
Mudah tak? Mudah kan..(aku harap info aku bagi ni betul,kalo tak betul sowi ek)hehe

Akherkata, Selamat beramal!

Tuesday, August 17, 2010

MEMBUKA PINTU REZEKI

Mari mari mari...kita buka minda pagi ramadan ni kawan kawan..=)

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Monday, July 12, 2010

Kelab Ibu dan Anak

Selamat Pagi Malaysia..=) Ngeeeee

Semoga semua kawan-kawan ceria setiap masawalau di mana anda berada. Aku takleh menaip lame ni..Baaaaaaannnyaaakk keje nak kene buat. Tapi takpela, ambil masa untuk diri sendiri kejap.

Dah janji kan nak cite pasal pregnancy?huk.First of all, thanx to all for your beautiful wishes, minta doakan sekali agar baby dalam perut ni sentiasa sihat walafiat..Amiinn..

Bercerita pasal semalam..hehehehe.Semalam akhirnya kitorang pegi klinik Ibu dan Anak sebab dah cukup 3 bulan..(Kot) 12 minggu la lebih kurang..daripada bulan 4 ke bulan 7 ni. Sirius banyak gile proses dia. Mula-mula daftar. tunggu. ambil darah n test air kencing (sori jijik sikit). Pastu ade macam-macam sesi la ya ampuuunn..habes pukul 12 dari pukul 8. 4 jam. bayangkan. urgh.

Part yang paling seronok siap ade sesi tanya ape saja dekat jururawat masyarakat tu..(to be continued)

Friday, June 18, 2010

Saya mau n HARUS jadi RAJENNNN!!!

Hari sabtu yang malas!!!! Kenapa semua org dah boleh hanta projek paper????? Kenapa aku blum ade hajat nak tgk agiiiii!!!

Warkkkhh...

Hari ini saya mau jadi rajen. TArikh dah extend ke 25 hb 6 ni. saya akan siapkan!!!!!!!(bersemangat wajadiri)

regards,
P.E.M.A.L.A.S.

Tuesday, June 15, 2010

nak abeskan mba kuuuu

Dah xlarat and tadek muud nak wat master paster ni..penat dan..dan..arrrrggggghhh. Malam ni final exam sehabis exam master menandakan tamatnye riwayat kesan degil. Tapi projek paper tak siap writing agi. takpela,janji tak yah masuk kelas n buat asaimen agiiiiiiiiii!!!!!

Kalau la aku ni Harry Potter, lama dah aku layangkan magik wand aku . "Ting!!!!" siap projek paper. Warghhh.. Sesungguhnya kemalasanku berada di tahap paling optimum. Sebab banyak keje lain lagi nak pikir selain wat master tu. Rumah tak kemas agi, pinggan mangkuk tak basuh, nak masak agi, keje kat opis agi, baby lam perot agi, diri sendiri? sape nak jaga?? bak kata iklan horlicks " Diri sendiri? takde dalam senarai..". sigh.

p/s: Lepas ni nak minum horlicks hari-hari

Monday, June 14, 2010

lama tak menulis..

Sory ea kawan-kawan, lama dah saya tak menguptodatekan Blog saya ini. Macam-macam hal yang dah berlaku membuatkan sukar nak menulis. sebenarnya, banyak lagi kerja penulisan yang aku patut buat sekarang ni, bukan setakat menaip blog. Tetibe rase nak listkan plak biar nampak:
1. Project Paper aku tak siap agi!! kene anta minggu depan!!
-nanti nak copy surat extend 2 weeks ngan kak yan. The truth is, tak tau la nak abeskan sem ni jugak ke atau sem depan. ikutkan rase takde masa langsung nak menaip. (sebenarnya masa tu ada kalo tak tido awal atau tengok desperate housewife, tapi saja bagi alasan ni untuk ganti terms MALAS)

2. Assignment
-Bab ni memeng takleh bla. Tahap keMALASan melampau (okey, mengaku) sampai semalam baru buat 10 article, and kerah en hubby buat satu marketing paper, 3 jam sebelum masuk exam. so konfem-konfem exam tak stadi la kan. Sambil buat sambil muntah-muntah. Setiap 10 minit meraung " Tanak sambung stadi dah!!!!!! Tanak!!!!!". Hubby lak sengeh-sengeh je jawab " Cakap nak buat PHD..ala,sikit je lagi ni.." aku plak" AAAAAAAAARRRRGGGGGHHHHHHHH!!!!!". By the way, besok aku exam final untuk paper last sepanjang MBA. Okey, tak stadi lagi. and ade asaimen kene hantar, iaitu book revision, maksudnya kene baca satu buah buku dan revise buku tu, yang mana aku baru baca 1 page setengah. *wink*.. Hubbbbbbbbyyyyyyyyyyyyyyyy.......

3. Kerja
- Ni tak payah cite lagi la..aku rase sampai termimpi-mimpi buat kerja atau proposal. Balik kampung pun sibuk anta keje pakai email la, hape la..dahla aku kene assist bos buat paper untuk conference agi. Mula-mula bos tanya " awak boleh buat satu full paper?" aku telan liur and buat muka seposen setengah. " kalau saya siap project paper saya boleh buat paper tue." *wink* ..Hubbbbbbbbyyyyyyyyyyyyyyyy.......

4. Yang paling korang tunggu-tunggu nak tau..~Pregnancy and married life
ala, aku tau..korang memang nak tunggu aku post pasal ni, kan? Ala mira, tak yah malu-malu..~konpiden jek,hehe. Okeyla, okeyla..saya mengaku pada hari ini, 15/6/2010, bahawa saya dah PREGNANT. Yes. You hear it right. Yela, orang duk asyek tanya, saya mengaku la kat sini.. lebih kurang 2 bulan dah..tapi tak scan lagi, tu yang segan lagi nak iakan kalo orang-orang tanya. Nnti pas scan, saya post kat FB ye untuk share berita baik ni dengan kawan-kawan semua. Pastu aku dah boleh post kat blog ni untuk share pengalaman pregnanncy lak ekekke. Ke korang nak aku share pasal persediaan nak kawen? ke persediaan nak tunang?????????

ARggggghhh..penat lagiee..aku nak wat keje dulu. Just let me know if anything kay..=)

Tuesday, May 25, 2010

Tak sodap badan..

Seyes. Nak muntah. Masuk angin kot.makan tak lalu plak tu. takleh bau or tgk or ingat makanan, rase macam bile2 masa je boleh bluwekkkkkkkkkkkk....

warrrrrrkkkkhhhhhhhh

Friday, May 21, 2010

Penat gileeeerrrr

PENAT GILErrrrrrr...sakit kaki dan kepala dah weng..wuwuwuwuwuwuw.

Agak lame dah tak menaip ini. warkh! Apa nak cerita pasal life aku skrg? I really love my what I've been doing rite now. Alhamdulillah Allah dah tunjukkan hidayah jalan yang benar untuk aku..mungkin buat masa ni, kalau Allah tunjukkan jalan lain nanti, aku redha..Syaratnye..PERCAYA.

Aku sekarang dah berada di KUching untuk 2 hari. Besok dah nak balik, tapi sempat lagi nak berjalan-jalan lagi. Aku tak tahula kaki aku ni masih mampu nak berkhidmat lagi. tadi pun dah terketa-ketar(Sila baca dalam nada iklan raya Petronas). Hotel yang aku duduk sekarang ni Riverside Majestic, berdepan dengan Waterfron Kuching (Sungai Sarawak). Dari balkoni ni je dah boleh nampak sungai ni. Alangkah beshnye kalu hubby aku ikut. Sian die. huhu. Melepaskan geram, kebetulan dia pun ada kursus kat PD. Jadi kitorang tak berjumpa 5 hari la. Nasib baik aku tak jadi pegi Penang senin ni, kalau ye, complete la seminggu tak jumpa. huhuhuhuhuhu.

Warkh..tapi mmg sirius black . PENAT. tapi seb bek aku suke. wuhuhu. Besok petang, turun je flight, sepatutnya aku ada dinner alumni UPM. Marditech dah bayar suruh aku n hubby pegi untuk ganti bosh. Tapi hubby pun takde. sedey. Sape nak pegi dengan aku? Nanti korang boleh berlagak/ berpura-pura matured macam aku..hehe. Kalau nak pegi, kontek no ni : 013-234tekan-tekan tak dapat.

Warkh. Serius aku penat. Cube kire berapa kali aku sebut Wargh dengan penat dalam novel ni. Nak cite pasal Sarawak ke? Aku tak reti nak cite. Yang aku tau.. nasi ayam penyet die sedap gile n lain dari nasi penyet semenanjung ni. Nak gambar? Tengok kat FB ye. Waaaarrrkkhh.. Aku PEnat!!!

Krooooooohhh

Sunday, May 9, 2010

Last nite

Last nite was tiring tapi besh. my family arrived from Terengganu. Dorang stay kat Kuala Lumpur International Hotel. Malam tu aku drive dorang pegi balik bangi dari KL semata nak bawak makan steamboat kat Red Wok. Dah belanja makan steamboat, kuarkan kek skali yang dah ditempah dari Bakar's Cottage. Aku tulis atas tu" To Abah, Ma, Abe...." sampai abeh seme ahli keluarga aku..huhu. Memang pun, sebab nak raikan banyak event best yang berlaku tu:
1) Abah dapat pingat
2) Ma naik pangkat n sempena hari ibu
3) Dapat menantu 2 org
4) Besdei Jihah
6) Kak tamat belajar
7) Adik dapat no 1 dalam kelas..hehe( at first tak tau nak raikan adik untuk ape, semalam baru tau dia dapat best place. so ade reason nak raikan.) Gambar? nanti aku update ek..

Lunch sekarang ni, tapi aku tak pergi makan. Bukan diet, bukan loya (bluweekk), tapi banyak keje nak buat..wuwuuuuu. Tak menang tangan dah..petang ni ada 2meeting..humm..kene cau meeting awal sebab nak pg meeting 2nd..huuuuuuuu. Takpe la, yang penting besok cutie! Berehat bersama famili je..

Apa-apa pun, jangan kita lupa, yang paling utama, DOA.
Ya Allah..berikan aku petunjuk, kekuatan, ketenangan, ketabahan, kemudahan, dan keberkatan dalam hidup..Amiiiiiiiinnnn..


Sakit perut. tu la, makan steamboat lagi..wuwuuuu

Wednesday, May 5, 2010

Bulan enjoy!!

Wa..lama dah tak menulish kat bloggie ini..sampai di keteguran oleh ira amira baru la perasan..sory la ek..teramat bizi sangat sekarang..Need update!! Bulan yang sangat menggembirakan..lots of joyful things are happening.. dan Alhamdulillah dilimpahkan rezeki Allah. Macam-macam perkara best yang berlaku bulan ni, buatkan kami percaya, memang berkahwin ni buka pintu rezeki.. Syukur sangat-sangat. Aku rasakan hidup ni dah cukup sempurna walau sederhana, ada suami yang penyayang, keluarga yang supportive, kawan-kawan yang best-best..(sorry dah lama tak dapat hangout..wuwuu), bos yang memahami, and also kerja yang elok. Aku doakan supaya diri ni tak lupa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan ni..Amiiinn..

Weekend ni, ma and abah are coming to KL! Abah dianugerahkan pingat dari Yang Dipertuan Agong..aku pun tak tau pingat apa, tapi yang pasti, abah still WIRA di hati kami. Aku? aku WAJIB datang..=))))) Abah dah datang seme konvokesyen anak-anak dia, sekarang tiba giliran kitorang plak nak datang konvokesyen Abah..huhu. Memang ni la saat kemuncak kerjaya Abah, aku tak nak ketinggalan temankan abah di hari bersejarah tu nanti. Dah minta cutiiiii =D.

Aku harap sangat adik beradik kami semua dapat datang, tapi tak taulah macam mana. Najihah nak kena mendaftar masuk Form 6. Kak pun baru masuk mengajar. Abe kat KEdah pun tak tau camne. Kalau jadi datang ramai-ramai, aku berhajat nak bawak dorang ni seme makan kat tempat yang besh. PAstu nak tempah kek untuk meraikan bermacam-macam berita gembira yang keluarga kami terima, termasuklah kedatangan 2 menantu baru ke dalam keluarga...=D

To my frensh..sori ek, tak sempat lagi nak wat housewarming..aku skrang dalam proses nak menyiapkan thesis..dengan kerja lagi..sekarang dah ada 11 projects dalam tangan..(last time 4 kan?huuuuu). humm..maybe aku sendiri yang dah terlupa..lupa nak solat istikharah minta dipermudahkan..humm..betul jugak tu..Mari aku share satu quote ni..
Firman Allah, jika mansia meletakkan urusannya atas dari urusanKu, maka akan ku kucar-kacirkan urusannya dan membuatkan dia lebih lalai terhadapKu. dan jika manusia mendahulukan urusanKu dari urusannya,akan kupermudahkan segala urusannya, dan aku gandakan rezeki kepadanya...

bak kat en. Hubby,
Kita kejar dunia, kita takkan dapat. Tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita..


P/S: sorri takde pict!!!!!!hahahaha

Saturday, April 17, 2010

Start of my new journey in life

Wa wa weeeeee....

Hubby terchinta pegi kursus kat PD sampai 3 ari. uwaaaa kene tinggal. Sebagai balasannnn kene tinggal..saya..saya..saya..eh, saya tak pegi karok la wak..saya ajak kak kikin temankan tdo kat umah..huhuhuhu. Dah 2 ari masuk opis baru..wuwuwuu..ramai orang..seme bizi..lari sana sini..tak sedar je jam dah pukul 5..pastu pukul 6...huwuuu...seme orang balik awal -awal pun pukul 6.
Sigh.

Sepatutnya malam ni kena siapkan presentation untuk klien. Besok meet pagi. UWaaaaa..Time ni la jadik bidan terjun. Kelmarin klien baru gtaw, marketing exec yang patut present nanti pegi Bangkok. Aku lak yang diminta ganti untuk present. Di ulang. AKU. Aku..? aku? budak MBA yang present dalam kelas je?? Nak kene present untuk company investors dari China. Menentukan halatuju investment company. AKU?? Sigh...tapi baik kan aku? redha je.. aku pujuk hati sendiri..ala..klien yang minta..wuwuuuu. Aku tanya gak, konfem ke ni? takut tak? tapi boleh tak klien cakap.."ala, time saya pegi China dulu, company tu punya exec bace slide je pun..ok jer..". So..aku pun..ummm..Okay.......Sigh...

Klien kali ni pun boleh tahan gak cerewet nye.. nak mintak slide yang boleh impressedkan company investors tu. boleh pulak tu nak mintak aku buat setanding dengan slide BOS aku. Diulang.aku..AKU?? Budak yang baru masuk keje 2 hari???? Wuteva..aku buat la jugak sebab klien dah mintak..pastu siap boleh bangga dengan hasil keje sendiri. Seumur hidup tak penah buat slide secantik ni. Kalau la aku mampu buat selalu dalam kelas. Kan bagus. hahahahaha..(nada bangga dengan bakat tersembunyi).

Ni baru kes satu projek. Sekarang kat tangan aku dah ada 4 project yang kene dimanagekan.diulang. AKU. Budak umur 23 tahun yang mentah seumpama sayur fresh yang baru cabut dari akar. apa apaan la...keje kat sini buat aku kena banyak berlakon. Berlakon macam aku ni matang sangat la kot..takleh panik..kena behave..uwaaaaa.. Tapi penting jugak sebagai konsultan..nak gain confident klien. Kalau aku cakap kat dorang ni aku fresh grad? mesti takut nak trust project dorang kat aku. So, kene banyak berlakon. Yang beshnye boleh melaram laraman la..hahahahahaha. Takde orang nak tegur, malah digalakkan lagi. hahahahahahahha. (nada gelak kelakar . Misi tercapai nak pakai pakaian keparat pegi opis.)

Sebelum saya mengundur diri, saya nak bagi tahu sesuatu. Bulan depan saya pegi Sarawak. Untuk my second project lak. (Dalam ati suka tapi takleh kecoh-kecoh nanti orang kata riak, tapi ni kan blog saya, so nak cakap jugak. Saya sangat SUKEEEEEEEEEE...nak loncat -loncat.)hahahahahahahah. Saya harap takde orang taw isi hati sekarang ni..=P.
I think i love my job.


OKay, nak wat slide. =D

Sunday, April 11, 2010

Hari baru baru hari..

Warkkkhh...morning evelibodi...

Sungguh awal daku di pagi hari..sebab ikut hubby..(ala-ala pantun 2 kerat la plak). Boboy(wira kesayanganku) baru je ku anta balik umah ibu bapa..kitorang pakai Combi (Myvi putih WTB tu) je skarang ni..jadinya, bila Mr. Hubby g keje, Mrs Wifey pun kene la ikutt trus g fakulti..huhu.

I hereby announcing yang aku takkan menjadi housewife sejati lagi bermula minggu ni. Akan hanya menjadi not so housewifey..ye la, separa housewife gitu. BOs suruh masuk opis suda...Uwaaaaaaaaaaaa dah takleh karok pada hari biasa..no more soping time org len sibuk bekerja..tadek lagi lunch masak sendiri kat umah..! wuwuuu sian aku..wuwuuu

BEshnye jadi housewife..wuwuuuu

Norel Ein,
Fulltime Consultant,
Marditech Sdn. Bhd.

Wednesday, April 7, 2010

Did you REALLY think ur life is miserable..?

Fuh..penat. baru siap hantar presentation to my bos.

Waaahh...dah agak lame tak post kat sini..huhu. Bizi yang amat sangat. Sekarang baru ada masa..so, sebelum taip project paper plak, nak membelog sekejap sambil stalk ira amira punyer blog (jangan mara haa).

Did you really think your life is miserable enough? Saja nak post pasal ni..sebab dah janji kan nak komen pasal my post on Oprah. Now, one question. korang percaya tak, semua yang berlaku ke atas diri korang sekarang ni, telah ditakdirkan akan berlaku? ye la, kita selalu dengar orang kata..
sabar ar beb..semua yang berlaku tu ada hikmahnya..
walaupun kadang-kadang dorang memang saje je nak cakap macam tu (sebab tak tau ape lagi yang patut dicakapkan), but that is very-very the very true. Semua yang berlaku pada diri korang sekarang, semuanya memang ditakdirkan berlaku sebab semuanya ada hikmah disebaliknya. Even if ko rasa ujian yang Tuhan timpakan ni terlampau berat untuk ko pikul, ada sebab sebenarnya ditujukan kepada ko.

Contohnya, ko dah janji nak masuk keje bulan 4, tapi tup-tup bos ko gitau masuk bulan 5. ko rase tertipu gile-gile macam nak berenti. tapi bila pikir-pikir balik..ha'ah..ko kene buat thesis ko yang nak kene anta by ujung bulan niii..hohoh(sound familiar). So Tuhan dah bagi masa untuk ko buat persiapan mental and fizikal.Oh..I love God! God just knows what you really need..not what you THINK you need. Mesti selalu dapat mesej SMS ni kan? Kita fikir kenapa Tuhan bagi kita hujan, sedangkan kita nak matahari..rupa-rupanya Tuhan nak bagi pelangi..=)

Jadi kenapa kita still rasa miserable dengan ujian Tuhan? If you asked me..I will say that because sometime, we (I mean including me skali taw)..have less in Faith. Beliefs. Tak kira what religion you are, what you really have faith in, I will say that this is the reason. Kita buruk sangka dengan Tuhan. Marah sebab rasa Tuhan tak adil..Tuhan bagi kita penyakit..bagi kita ujian bertimpa-timpa..Tuhan tarik orang yang kita sayang..but Why? It is because only God knows the best for you, and semua yang berlaku ni adalah yang terbaik berlaku untuk diri kita pada masa ini. What you have to do is just belief.
Semua yang berlaku pada diri kita ialah yang terbaik Tuhan jadikan untuk kita. Kita cuma perlu percaya.

Dalam Islam dianjurkan solat istiharah..bukan pada msa kita berhadapan masalah, tapi sebenarnya pada setiap perkara.
Rasulullah S.W.T bersabda , kebahagian umatku ialah melakukan solat istikhrarah dalam setiap pekerjaan, dan kecelakaan umatku ialah apabila meninggalkan solat istikharah.
Doa dalam solat ni, antara nya kita meminta Allah permudahkan setiap perkara yang terbaik unuk diri kita dalam setiap urusan, sama ada untuk kehidupan di dunia, juga di akhirat. Bila kita dah berdoa dengan sesungguh hati, yakinlah Tuhan Maha pemurah, dan Tuhan akan permudahkan jalan yang terbaik untuk kita..What you have to do is just..BELIEF.

Okay..taip thesis lak. Sigh.

Thursday, April 1, 2010

Okay. Kena post ini.

tengah tengok oprah. Cepat-cepat salin kat sini sebelum hilang dari minda.
Semua yang berlaku pada diri kita ialah yang terbaik Tuhan jadikan untuk kita. Kita cuma perlu percaya.

Nanti i komen ea. Okay. sambung tengok tb.

Jealousy VS envy

Jealousy VS envy

Maybe ramai yang tak tahu beza antara jeles (dalam bahase omputih pun same je pronounciation ye..cuma ejaan je lain) and dengki. bila kita jeles, perasaan cemburu tu kita akan luahkan secara berterus terang,atau maybe tak pun, tapi perasaan ni akan buat kita rasa ingin capai perkara or kejayaan yang sama dengan org yang kita cemburukan tu. Perasaan ni adalah very positif, that's when kita tau that person have something that we regards as better than what we have, segala tubuh badan, kudrat, jiwa and basket, kita akan fokuskan on getting that same so called victory juga.

Contoh: "wah, beshnye ko dapat keje baru gaji riban!! Aku pun dah semangat nak cari keje!! ngeeee =D"

Envy pula adalah satu perasaan yang negatif yang kita rasa bila ada orang yang lebih berjaya daripada kita. It starts also with a little jeolousy, biasanya langsung tak diluahkan, infact, ramai org yang akan pretend not to be jeolous at all. Tapi perasaan cemburu macam ni, lebih halus dan macam jarum tertusuk didada. Ia akan jadi negatif bila kita seolah-olah macam takleh fikir rasionally, and terus menggunakan ayat-ayat negatif untuk kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ada ayat yang direct je, tapi sebenarnya ayat yang indirect tu lagi dalam maksudnya.

Contoh: "Keje tempat tu? Ala, memang senang nak masuk kalau pakai kabel.."

Note:-contoh envy ni tak terhad kepada kerja je. aku saja letak contoh ni supaya tak menyentuh hati n jantung mana-mana pihak.

Tanpa kita sedar, dalam kehidupan sehari-harian kita, nak tak nak, kita akan berhadapan dengan situasi macam ni. Yes, your frens are getting a new, fantastic jobs, they are happily married, they might have got an enormous house, and banyak lagi. But in the end of the day, it is YOU who decide whether you want to be jealous or envy. Aku pun manusia biasa, so aku bukan nak cakap yang aku ni baik sangat sampai tak pernah envy dengan siapa-siapa. Tapi kita kena belajar dari kesilapan. Sebelum meluahkan sesuatu perkara tu, think again.
Are we being envious??

Perlu kah kita nak menyakitkan hati orang lain untuk kepuasan diri sendiri? OR in reverse.. does we really need to satisfy ourselves by hurting others feelings? Come on..GROW UP! Kalau ko nak sangat that THING (whatever it is), just go work it up..! Walau ko meluahkan benda-benda negatif tu, the THING you want takkan datang bergolek-golek kat ko. Jadikan kesuksesan orang lain sebagai motivation untuk ko kerja lebih keras. Nak kerja bagus? pergi cari, bukan keep on doing the thing u do now. Nak kawen? pergi kumpul duit, bukan saban masa nak merabehkan duit je. Nak cantik slim cam hanis atiqah? then cuba paksa mata ko bukak awal pagi skit pegi jog ke, what so ever. The point is,be POSITIVE. The decision is yours. Yang pasti ini lebih kepada peringatan, buat diri aku, and all my frens jugak. Dunia ni bulat. What you give, you get back. So,
Jangan buat perkara yang ko tanak orang buat kat ko.

To those reading or not, you know who you are.

Okay. puas bebel. Nak basuh pinggan mangkuk.

Surirumah yang tak desperate.

Monday, March 29, 2010

Bloggers perlu bercerita..

Memiliki blog memerlukan kita bercerita.. walaupun tangan ini agak keras untuk menulis serta kurang memiliki jiwa yang cukup jiwang..tapi since dah buat, kan??

Nak tau life as a surirumah?

lets see..pagi-pagi lagi dah siap memasak nasi putih n sambal telur goreng n sardin kicap
Manala encik hubby tak makin muncit..huhu
...baju belum berlipat..barangan belum di unpack sejak pindah masuk rumah baru..(opps, did i mentioned
RUMAH BARU
..baju belum bersidai tadi baru siap basuh...proposal project belum disiapkan untuk dateline besok?? oh..apekah yang akan terjadi kepda diriku ini??

Seriously..i'm still trying..adapting to my new life as a:
1) wifey
2) MBA student
3) Freelance Consultant
and new one,
4) Bloggers
Bak kata miss Popo, kopi 3 in 1, with oat. okay. sekarang baru sedar diri. Mulakan dengan bismillah..

Hari memulakan hidup sebagai blogger..=)

Akhirnya aku terjebaq juge dalam dunia blogging ni..entah kenapa, hari-hari tak ada la pula tercetus idea nak blog, tapi pagi ni tup-tup terlahirlah sebuah blog. Perlu ade konsep ke? konsep blog ini ialah menulis kehidupan seorang surirumah yang sedang belajar MBA sambil bekerja freelance sebagai konsultan Marditech..boleh tak? ala-ala memperkenalkan diri gitu..

Salam Perkenalan..!

Norel Ein