Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, August 31, 2010

puasa n sahur

warkkkkkkhhhh...

First sekali, marila kita panjatkan syukur kerana dengan limpah kurnianya, hari ini kita masih bernyawa. Kepada semua umat Islam, harap belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa. Sekarang dah tinggal 10 hari terakher ramadan, maka sama-sama la kita kejar lailatulQadr.

Aku?

Sepanjang puasa ni banyak jugak yang aku terlepas..badan tak sihat.. masuk sekarang dah sebulan dah demam +batuk +selesema. Kadang-kadang ada, pastu surut pulak. Inilah ujian untuk orang mengandung..aku baca kat blog, yang demam-demam ni sebab nak tukar semester (dah macam masuk u pulak baby ni). Tapi sangat seronok sebab, inilah puasa pertama aku bergelar wanita mengandung. Yela, tak sempat merasa raya pertama sebagai isteri, terus jadi perempuan mengandung. Tapi aku masih bersyukur Ya Allah, sebab dikurniakan anugerah yang tak ternilai rasanya. Makin lama, rasa keibuan tu dah mula menebal.

Hari tu masa demam teruk, tanak makan ubat sebab risau efek kat baby. Akibatnya, demam makin teruk. Time tu badan panas sangat, tapi yang aku fikir masa tu cuma keadaan baby je. Kesian btul budak kecik ni.. Sampai satu masa, aku dah risau kenapa baby tak gerak-gerak. RTisau sangat time tu, pastu cek Dr. NAsib baik baby ok..jadi, lepas tu, aku berazam kat hubby, walau apa-apa yang terjadi, baby akan aku utamakan. kalau memang takleh puasa, maka tak puasa la aku..telan minum air banyak-banyak bagi badan sejuk sikit. Jadi, akibatnya, puasa kali ni, banyak la aku ponteng..kui3. Lepas siapkan makanan berbuka untuk hubby, kemas pinggan mangkuk seme, badan terus mengah.. Tak larat dah.Setiap hari berazam nak tarawikh, tapi akhernya......ZZzzzzz...

Sahur pulak, memang tiap hari aku bangun sediakan sahur untuk kitoran.Yelah, walaupun tak puasa, kene cover cover dengan jiran sebelah gak..takkan nak bangun emasak di pagi hari, kantoi ar..huhu. Tapi seronok sangat dan puas dapat buat semua ni..terasa hidup aku macam dah lengkap bila dapat tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Seronok yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. (mesti korang tak sangka AKU yang cakap macam ni kan?hehehe). Yela, cium suami dapat pahala, peluk suami dapat pahala, masak untuk suami dapat pahala, bangun sahur dapat pahala..MasyaAllah..banyak kan pahala Allah nak bagi kat orang yang mendirikan rumah tangga? Maka...miraaa...hehehehehehe

Satu lagi yang seronok..ialah baby dalam perut ni dah kuat betul geraknye. Belum scan kali kedua lagi, tapi bila aku letak tangan kat perut untuk rasa jantung dia, terus dia tolak tangan aku balik.. huhu. Bila hubby pelak nak dengar degupan jantung ye, letak telinga kat perut, terus ditolaknya lagi..terasa tulang tangan kecil tu dah kuat. time tu rasa ajaib sangat. Terifikir macam mana indah ciptaan Tuhan ni. Dalam perut ibu boleh jadi nyawa baru dalam masa 9 bulan je, sedangkan saintis berkuru-kurun nak klon manusia, tak pernah mampu. Terfikir jugak ,macam mana la agaknya gabungan antara darah dua insan ni..huhuhu. Dan kadang-kadang buat aku tertanya-tanya. macam mana manusia boleh sanggup nak buang bayi yang dilahirkan macam tu je....

..Seronok...=)

2 comments:

  1. name ku di situuuuu..hahaha...gud.semoge cepat kau dpt lepasi 1st trimester...bukan semester ye ain...hehe...


    cant wait to get those pahala...n being a motherr..=)

    ReplyDelete
  2. Arrrggghhh..kantoi!!! Ahaks..
    mish u guys..=)

    ReplyDelete