Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, May 25, 2010

Tak sodap badan..

Seyes. Nak muntah. Masuk angin kot.makan tak lalu plak tu. takleh bau or tgk or ingat makanan, rase macam bile2 masa je boleh bluwekkkkkkkkkkkk....

warrrrrrkkkkhhhhhhhh

Friday, May 21, 2010

Penat gileeeerrrr

PENAT GILErrrrrrr...sakit kaki dan kepala dah weng..wuwuwuwuwuwuw.

Agak lame dah tak menaip ini. warkh! Apa nak cerita pasal life aku skrg? I really love my what I've been doing rite now. Alhamdulillah Allah dah tunjukkan hidayah jalan yang benar untuk aku..mungkin buat masa ni, kalau Allah tunjukkan jalan lain nanti, aku redha..Syaratnye..PERCAYA.

Aku sekarang dah berada di KUching untuk 2 hari. Besok dah nak balik, tapi sempat lagi nak berjalan-jalan lagi. Aku tak tahula kaki aku ni masih mampu nak berkhidmat lagi. tadi pun dah terketa-ketar(Sila baca dalam nada iklan raya Petronas). Hotel yang aku duduk sekarang ni Riverside Majestic, berdepan dengan Waterfron Kuching (Sungai Sarawak). Dari balkoni ni je dah boleh nampak sungai ni. Alangkah beshnye kalu hubby aku ikut. Sian die. huhu. Melepaskan geram, kebetulan dia pun ada kursus kat PD. Jadi kitorang tak berjumpa 5 hari la. Nasib baik aku tak jadi pegi Penang senin ni, kalau ye, complete la seminggu tak jumpa. huhuhuhuhuhu.

Warkh..tapi mmg sirius black . PENAT. tapi seb bek aku suke. wuhuhu. Besok petang, turun je flight, sepatutnya aku ada dinner alumni UPM. Marditech dah bayar suruh aku n hubby pegi untuk ganti bosh. Tapi hubby pun takde. sedey. Sape nak pegi dengan aku? Nanti korang boleh berlagak/ berpura-pura matured macam aku..hehe. Kalau nak pegi, kontek no ni : 013-234tekan-tekan tak dapat.

Warkh. Serius aku penat. Cube kire berapa kali aku sebut Wargh dengan penat dalam novel ni. Nak cite pasal Sarawak ke? Aku tak reti nak cite. Yang aku tau.. nasi ayam penyet die sedap gile n lain dari nasi penyet semenanjung ni. Nak gambar? Tengok kat FB ye. Waaaarrrkkhh.. Aku PEnat!!!

Krooooooohhh

Sunday, May 9, 2010

Last nite

Last nite was tiring tapi besh. my family arrived from Terengganu. Dorang stay kat Kuala Lumpur International Hotel. Malam tu aku drive dorang pegi balik bangi dari KL semata nak bawak makan steamboat kat Red Wok. Dah belanja makan steamboat, kuarkan kek skali yang dah ditempah dari Bakar's Cottage. Aku tulis atas tu" To Abah, Ma, Abe...." sampai abeh seme ahli keluarga aku..huhu. Memang pun, sebab nak raikan banyak event best yang berlaku tu:
1) Abah dapat pingat
2) Ma naik pangkat n sempena hari ibu
3) Dapat menantu 2 org
4) Besdei Jihah
6) Kak tamat belajar
7) Adik dapat no 1 dalam kelas..hehe( at first tak tau nak raikan adik untuk ape, semalam baru tau dia dapat best place. so ade reason nak raikan.) Gambar? nanti aku update ek..

Lunch sekarang ni, tapi aku tak pergi makan. Bukan diet, bukan loya (bluweekk), tapi banyak keje nak buat..wuwuuuuu. Tak menang tangan dah..petang ni ada 2meeting..humm..kene cau meeting awal sebab nak pg meeting 2nd..huuuuuuuu. Takpe la, yang penting besok cutie! Berehat bersama famili je..

Apa-apa pun, jangan kita lupa, yang paling utama, DOA.
Ya Allah..berikan aku petunjuk, kekuatan, ketenangan, ketabahan, kemudahan, dan keberkatan dalam hidup..Amiiiiiiiinnnn..


Sakit perut. tu la, makan steamboat lagi..wuwuuuu

Wednesday, May 5, 2010

Bulan enjoy!!

Wa..lama dah tak menulish kat bloggie ini..sampai di keteguran oleh ira amira baru la perasan..sory la ek..teramat bizi sangat sekarang..Need update!! Bulan yang sangat menggembirakan..lots of joyful things are happening.. dan Alhamdulillah dilimpahkan rezeki Allah. Macam-macam perkara best yang berlaku bulan ni, buatkan kami percaya, memang berkahwin ni buka pintu rezeki.. Syukur sangat-sangat. Aku rasakan hidup ni dah cukup sempurna walau sederhana, ada suami yang penyayang, keluarga yang supportive, kawan-kawan yang best-best..(sorry dah lama tak dapat hangout..wuwuu), bos yang memahami, and also kerja yang elok. Aku doakan supaya diri ni tak lupa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan ni..Amiiinn..

Weekend ni, ma and abah are coming to KL! Abah dianugerahkan pingat dari Yang Dipertuan Agong..aku pun tak tau pingat apa, tapi yang pasti, abah still WIRA di hati kami. Aku? aku WAJIB datang..=))))) Abah dah datang seme konvokesyen anak-anak dia, sekarang tiba giliran kitorang plak nak datang konvokesyen Abah..huhu. Memang ni la saat kemuncak kerjaya Abah, aku tak nak ketinggalan temankan abah di hari bersejarah tu nanti. Dah minta cutiiiii =D.

Aku harap sangat adik beradik kami semua dapat datang, tapi tak taulah macam mana. Najihah nak kena mendaftar masuk Form 6. Kak pun baru masuk mengajar. Abe kat KEdah pun tak tau camne. Kalau jadi datang ramai-ramai, aku berhajat nak bawak dorang ni seme makan kat tempat yang besh. PAstu nak tempah kek untuk meraikan bermacam-macam berita gembira yang keluarga kami terima, termasuklah kedatangan 2 menantu baru ke dalam keluarga...=D

To my frensh..sori ek, tak sempat lagi nak wat housewarming..aku skrang dalam proses nak menyiapkan thesis..dengan kerja lagi..sekarang dah ada 11 projects dalam tangan..(last time 4 kan?huuuuu). humm..maybe aku sendiri yang dah terlupa..lupa nak solat istikharah minta dipermudahkan..humm..betul jugak tu..Mari aku share satu quote ni..
Firman Allah, jika mansia meletakkan urusannya atas dari urusanKu, maka akan ku kucar-kacirkan urusannya dan membuatkan dia lebih lalai terhadapKu. dan jika manusia mendahulukan urusanKu dari urusannya,akan kupermudahkan segala urusannya, dan aku gandakan rezeki kepadanya...

bak kat en. Hubby,
Kita kejar dunia, kita takkan dapat. Tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita..


P/S: sorri takde pict!!!!!!hahahaha