Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, October 31, 2010

Kisah si ibu emo

Lama dah tak menaip sendiri..

saja aku postkan petua-petua dan amalan-amalan ni..bukan ape, kalau dah baca sekali mbas, lama-lama ilang macam tu je. Kalau letak dalam post ni kan bagus, boleh share ramai-ramai..=)

Alhamdulillah..projek paper dah hantar.. memang terima kasih tak terhingga la kat hubby aku sorang n..tanpa dia, tak tau la jadik ape. Dialah tukang bebel, tukang format, tukang tolong print..almaklumlah, bini ngah duk sarat ni ha..

Alkisahnya..aku selalu dengar yang org mengandung ni emosi tak stabil.. tapi rasa macam selama aku mengandung ni takdelah emosi teruk sangat kot..sampai la hari ni..huhu. Bukan ape, projek dah siap, ingat dapat la pokus kat rumah ni, nak membasuh pinggan mangkuk, rajen-rajenkan masak, kemas rumah, lipat baju. Tapi makin sarat ni, simptom penyakit teruk sangat..sakit belakang, sakit badan, kronik sampai takleh duduk, takleh baring, takleh jalan.. tak tau nak buat ape lagi dah..

Pas encik hubby solat isyak, tengok aku dah lain macam, terusla dipujuk-pujuk, tanye kenapa..ntah kenapa emosi sangat, tanak jawab..geleng kepala je..sedar-sedar mata dah berkaca. bile dah kene peluk, terus start HUJAN.. mula-mula hujan renyai, lama-lama hujan makin lebat..lebat yang status banjir boleh lemas punya. Hubby plak duk risau..takut aku sesak napas, mane tak, muka tekup ket perut orang tu. hubby pujuk-pujuk la jugak..siap suruh mengucap, istighfar segala bagai..dah macam histerik gak ar..last-last dapat gak aku kawal bile dah hubby cakap.."yang,karang abg nangis jugak ni ha"..dapat bayangkan, mesti hubby risau sangat..

Aku rasa nak nangeh tu sebab emosi tak berapa nak betul sangat..campur sakit belakang n pinggang, pastu campur plak perasaan bersalah tak dapat berbakti dekat suami sendiri..pastu yang lagi terharu, buka2 FB nampak status ni;

Dari Wahidin Zainal
"Wahai adam anakku..sayangilah,hargailah ibumu Nurul Ain Mohd Reduan..segala kepayahan,kesakitan dan pengorbanan ditanggung untuk membawamu kedunia yang fana ini..jadilah insan yang bertakwa dan taat padaNYA dan kami berdua sebagai ibu bapamu..amin.."

Hujan renyai-renyai lagi sekali..

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Friday, October 29, 2010

My Beautiful Life: Doa dan amalan ketika mengandung

My Beautiful Life: Doa dan amalan ketika mengandung: "Macam dah terlambat jer kan nak buat entry ni huhu.... Tapi xpela, asalkan ada. Actually info2 kat blog ni mmg untuk rujukan sendiri, tapi m..."

LAGI PETUA PELINDUNG DIRI

Bagi para pesakit tak kira apa jenis gangguan pun, amalan yang boleh anda lakukan setiap hari adalah;

1) Pendinding diri, baca;

Al-Fatihah, 7xAL-Falaq, 7xAn-Nas, 7xAl-Ikhlas, 7xAyat Kursi, 7x

Amalkan setiap pagi, petang, dan sebelum tidur.

2) Zikrullah, baca selepas maghrib;

Zikir Fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar), 100xZikir Nafi Isbat (Laa ila ha illallah), 100x

3) Kemudian baca surah Yasin satu bilangan. (setiap hari selepas maghrib)

InsyaAllah, perubahan akan dapat dirasai.

Antara kaedah-kaedah lain untuk menghalang was-was ketika beramal dan beribadah ialah dengan membaca surah,

1)Al-Fatihah, 1x2)An-Nas, 7x

Amalkan setiap sebelum mula beramal atau beribadah.

Dengan izin Allah..Dia akan menyembuhkan segala yg sakit.... Insya-Allah...

Wednesday, October 27, 2010

PETUA BAKAL BINI N BINI2

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Monday, October 25, 2010

Petua Mencuci Hati

ni lagi petua dr fadzilah kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Saturday, October 23, 2010

Piece of advice

Many people stay in their jobs longer than they want to, because they are unsure of what to do next. They tell themselves that the answer will come someday. Whenever that day comes, they will make their move. But in the meantime, they are stagnant and unhappy.

Solution: Decide to change your job if you are unhappy in the one you have now and you have given it your best shot.So, what do you say? You only have one life to live, so it might as well be a life you love!

Thursday, October 21, 2010

pengalaman preggy dulu dan sekarang

Rooooaaarrr...

Badan penat dan lenguh-lengih pagi ni..rasa memang tak larat sangat lagi dah..Humm..Baru aku tau macam mana rasanya jadi cam MA.Ma ni mak eden la..

Penat tau ngak..siang nak keje g opis, badan tak sedap sebab pregnant, balik umah nak kemas umah sepah..(BF i cakap takyah kemas, ye kemas nanti bile ye free, tapi bese ar pompuan, takleh nampak sepah ni). kalo korang nak tau, macam ni la mak2 kite rase masa ngandungkan korang dulu tau ngak??? Cuma yang ma i tak rase, adalah sambil buat seme ni, nak kene buat master plak tu..Huwaaaaaaaaaaa.........

Minggu depan dah nak anta ni..Stress3!!!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Langkah Untuk Mengatasi Masalah Politik Pejabat

Mari-mari2 kita belajar sama2, teknik handle politik pejabat!

Kebanyakan dari kita kalau boleh nak pergi kerja tanpa sakit kepala hanya semata-semata untuk melayan karenah rakan-rakan sekerja yang cuba untuk menjatuhkan kita, berlaku pengkhianatan semasa menjalankan tugas dan ada pula yang cuba mendapatkan semua kredit untuk dirinya sendiri walaupun itu adalah usaha orang lain.Menarik bukan! Ada pula yang mengapi-apikan rakan baik , sabotaj dan ini semua berpunca dari perasaan cemburu dan sebagainya.Ada pula yang cuba berbaik-baik dengan bos semata-mata mahu kesenangan naik pangkat atau sebagainya dan dengan rela hati menjadi mata dan kepala bos untuk memantau keadaan pejabat.Pantang melihat kejayaan rakan sekerja yang lain , awal-awal dia sudah cucuk jarum.

Inilah yang dinamakan politik pejabat.

Politik pejabat telah lama sinonim dengan bergosip dan sabotaj.Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terlibat atau tidak dengan politik pejabat.Percaya atau tidak, politik pejabat mirip kepada permainan.Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana politik pejabat yang kotor.Namun,ada cara untuk meminimumkan politik pejabat tersebut.

Ah! Memang tak best langsung lah hari-hari dok mengadap muka diorang kan.Kalau boleh , kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?


Elakkan konfrontasi secara langsung

Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.Jika korang tersilap-langkah ,ini akan mengundang risiko ke atas diri anda tambahan pula ada yang mempunyai kabel besar dengan bos.Jika ada yang cuba untuk membalas dendam atau sebagainya , cubalah dapatkan bantuan dari pihak yang anda benar-benar percaya sahaja.

Berjumpa pihak pengurusan

Berjumpa pihak pengurusan atau HR.Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama jika rakan kerja yang terlibat mendapat sokongan dari bosnya.Jika anda mempunyai bukti yang anda telah dianiaya , jangan keberatan untuk bertemu pihak pengurusan.

Jadilah diri sendiri dan jangan hipokrit.

Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100%, tapi itu tidak bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka.Kita kena pandai untuk tidak melayan mereka yang bergossip kotor dan menikam orang dari belakang.Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tetapi kita harus menapis yang mana baik dan yang mana buruk.

Anda Harus Tabah.

Terus-terang , kita mesti tidak senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu.Sememangnya , mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain.Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita, jadi jangan biarkan mereka menang.Berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.

Handle Musuh Anda Dengan Baik

Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah menyatakan ‘hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri’. ‘Musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita ‘ (Nabi Muhammad s.a.w.).

Kenal siapa yang menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng anda.

Anggap politik pejabat adalah sesuatu yang normal.

Jangan dikusutkan sangat kepala dengan masalah birokrasi,gosip liar dan sebagainya.Mereka yang terlibat dengan politik pejabat ini sebenarnya manusia biasa juga.Mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana pejabat tidak mesra.Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain , bodek-membodek dan ada kumpulan sendiri adalah sesuatu yang normal dalam pejabat cuma kita kena pandai handle.Pastikan juga kita tidak menggunakan “politik pejabat” sebagai alasan untuk menutupi kekurangan diri.

Terlibat atau tidak , korang harus tahu cara untuk mengatasi masalah politik pejabat.Pilihan adalah ditangan anda.

Thursday, October 7, 2010

PESANAN BUAT SUAMI 2

Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2.Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5.Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10.Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12.Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13.Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14.Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15.Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16.Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17.Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18.Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan
.
19.Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20.Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21.Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22.Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23.Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24.Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26.Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27.Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28.Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29.Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30.Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31.Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32.Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33.Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34.Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35.Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36.Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37.Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38.Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39.Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40.Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41.Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42.Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43.Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44.Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45.Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46.Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47.Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48.Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49.Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50.Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.