Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 27, 2011

Task yang Mencabar

Minggu ni minggu yang sangat-sangat mencabar. Aku diberi task seperti berikut:

Isnin:
Buat Bisnes plan untuk syarikat swasta untuk MOU MARDI. Submit Khamis.-bos kecik

Selasa:
Buat Tender Projek Padi KADA. Submit petang .- Bos Besau
Buat Report awalan untuk Projek Grain mill Cambodia. Submit Jumaat (patutnya 1 may, bertekad nak buat cepat sebab nak balik kampung) - Bos Besau

Rabu:
Buat Speech untuk DG MARDI sempena MOA signing next week. Submit Khamis.-Bos Kecik
Kerja macam orang gila sebab semua ni pengalaman berharga untuk aku..so kene complete gak the tasks.

Khamis:
Speech siap. Buat report. Bis plan tinggal company info je.

Jumaat:
AKU NAK BALIK!

Tuesday, April 12, 2011

Rusting

YEsterday was a dull day.

Bosses were not around, kerja banyk ank sign diorang je, N takde mud nak wat kije. Somehow buat aku rasa bersalah makan gaji yang agak buta semalam..kui3.

Feel like rusting a little bit..so i pegi slow talk dgn my manager. HE cmforted me..macam2..tapi he ask me to give another try..give like 6-7 months, if nothing changes and i still feels the same, he personally will be a reference for my new job.

Biasala..antara sebab-sebab rusting (as he calls it) dalah seperti berikut;
1. KErja-kerja yang ada dirasakan tak mencabar tahap pemikiran dan keupayaan
2. Kebajikan kurang terjaga
3. BErasa kurang dihargai bila buat kerja bersama-sama
4. Politik dalam pejabat yang mana masing2 nak menaikkan nama sendiri je
5. Lama dah tak berhadapan dgn isu-isu macam ni sebab bercuti lama ngat..(Huhuhuhuhu..to infiniti)

Sekian, TQ

Thursday, April 7, 2011

Kisah dalam Labour room

Sori la, bb Adam dah asuk 2 bulan, baru boleh buat sambungan kisah ibu melahirkan ni..

Tujuan aku buat enty ni bukan ape, just nak memberi gambaran bahawa menjadi seorang ibu tu bukan la perkara yang luar biasa, bahkan satu lumrah seorang wanita. Sama juga bila kita nak mula bercinta, bertunang, berkahwin, dan sebagainya.. Pada mulanya kita tertany-tanya -boleh ke aku bercinta ni? boleh ke jadi tunangan yang baik? isteri yang baik? (that's one of the reason kenapa some women lambat temu jodoh/ go on the next level..they WONDERS). Satu je pesanan aku..Just Go For It. Bagi aku, life is about always improving..Biarlah esok lebih baik dari semalam..

Ok enough with that, mari kita sambung bercerite..

Bila masuk dalam labour room, NUrse buat la inspection VE lagi..tengah-tengah tekun tu, tetiba ketuban den pecah..Tau rasanya macam mana?Macam ade belon berisi air pecah dalam perut..dan-dan tu aku rase perut aku jadi kempis yang amat..hehe. YAng lagi bestnye, perut siap nampak menggelebeh agi..kwang3...Tadek sakit pun, sakit sebab contraction je..time tu,hubby pun temanla masuk labour room..Duduk kat sebelah, bacakan ayat2 n sentiasa beri semangat kat aku.

Time tu, sakit contraction tu takyah cite la..setiap 2-3 minit contraction. Tiap kali contraction tu aku akan mengerang tak hengat sambil tarik-tarik rambut (sampai sekarang ni hubby aku duk asek gelak bile teringat kes tarik rambut tu). Kalau tak tahan sangat, aku gigit tangan dia pun ade..haha. Lebam gak la hubby aku pas kuar labour room tu. Tiap kali sakit tu, sebab sakit yang amat, aku akan tertidur sambil tunggu contraction seterusnya. BAyangkan, tido 2 minit tu punya la aku rasa lama macam semalaman tido, siap leh mimpi n mengigau lagi..huhu.

Nasib baik la, bila tanya nurse bila nak cukup 10 cm, dia ckp kita akan tau sebab bila cukup, sakit tu kurang terus.. BETUL BEB.. Pas dalam setengah jam tu (Aku rase cam lamaaa gile), tetibe dah tak sakit dah. Ape g, panggil nurse, seme kelam kabut masuk. dalam 5 org gak nurse yang kerjakan aku malam tu.Seb baik aku masuk kelas antenatal tau la jugak camna nak tahan nafas segala bagai tu..Time ni la buat yang macam dalam TV tu.. "Pusssshhh..Pussshhh..Jangan angkat punggung...Alamak terangkat..koyak sikit" Hubby aku plak ambek kesempatan tgk segala aktiviti tu..excited lak die..bukan nak sedey ke, hape ke.

Lepas 10 minit je kot aku meneran..lahirla Adam Waqiuddin b Wahidin..Time tu segala sakit semua tak rase dah..Aku rasa cam da bole meloncat dah. Lepas bb dibersihkan oleh nurse2 tu, Hubby pun ambil untuk Azankan dan bacakan surah. Ramai tak tau, ada 2 surah yang elok baca masa lahir..untuk elak maksiat etc. nant aku ingat aku post ea..

Happy Ending..=)

(Kalaula tadek kene jahit) Tapi time jahit tu la yang perit sangat..Aku ulang2 cakap kat hubby aku, kalau kene beranak je takyah jahit, saya nak je beranak banyak kali..huhuhuhuhu. Yang ni, Aku kept it a secret la..nanti korang tau la sendiri..

Nah, morale of the story, takde moral pun..cuma macam yang aku cakap tadi..Jangan takut sangat..Aku boleh buat, korang meeesssssti boleh buat..=)Till next time aku crite pasal projek baru..ngeh3

p/s: Jangan lupa ajak suami masuk labour room..ade hikmahnya..=)