Untuk all housewives and not so housewives..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, August 31, 2010

puasa n sahur

warkkkkkkhhhh...

First sekali, marila kita panjatkan syukur kerana dengan limpah kurnianya, hari ini kita masih bernyawa. Kepada semua umat Islam, harap belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa. Sekarang dah tinggal 10 hari terakher ramadan, maka sama-sama la kita kejar lailatulQadr.

Aku?

Sepanjang puasa ni banyak jugak yang aku terlepas..badan tak sihat.. masuk sekarang dah sebulan dah demam +batuk +selesema. Kadang-kadang ada, pastu surut pulak. Inilah ujian untuk orang mengandung..aku baca kat blog, yang demam-demam ni sebab nak tukar semester (dah macam masuk u pulak baby ni). Tapi sangat seronok sebab, inilah puasa pertama aku bergelar wanita mengandung. Yela, tak sempat merasa raya pertama sebagai isteri, terus jadi perempuan mengandung. Tapi aku masih bersyukur Ya Allah, sebab dikurniakan anugerah yang tak ternilai rasanya. Makin lama, rasa keibuan tu dah mula menebal.

Hari tu masa demam teruk, tanak makan ubat sebab risau efek kat baby. Akibatnya, demam makin teruk. Time tu badan panas sangat, tapi yang aku fikir masa tu cuma keadaan baby je. Kesian btul budak kecik ni.. Sampai satu masa, aku dah risau kenapa baby tak gerak-gerak. RTisau sangat time tu, pastu cek Dr. NAsib baik baby ok..jadi, lepas tu, aku berazam kat hubby, walau apa-apa yang terjadi, baby akan aku utamakan. kalau memang takleh puasa, maka tak puasa la aku..telan minum air banyak-banyak bagi badan sejuk sikit. Jadi, akibatnya, puasa kali ni, banyak la aku ponteng..kui3. Lepas siapkan makanan berbuka untuk hubby, kemas pinggan mangkuk seme, badan terus mengah.. Tak larat dah.Setiap hari berazam nak tarawikh, tapi akhernya......ZZzzzzz...

Sahur pulak, memang tiap hari aku bangun sediakan sahur untuk kitoran.Yelah, walaupun tak puasa, kene cover cover dengan jiran sebelah gak..takkan nak bangun emasak di pagi hari, kantoi ar..huhu. Tapi seronok sangat dan puas dapat buat semua ni..terasa hidup aku macam dah lengkap bila dapat tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Seronok yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. (mesti korang tak sangka AKU yang cakap macam ni kan?hehehe). Yela, cium suami dapat pahala, peluk suami dapat pahala, masak untuk suami dapat pahala, bangun sahur dapat pahala..MasyaAllah..banyak kan pahala Allah nak bagi kat orang yang mendirikan rumah tangga? Maka...miraaa...hehehehehehe

Satu lagi yang seronok..ialah baby dalam perut ni dah kuat betul geraknye. Belum scan kali kedua lagi, tapi bila aku letak tangan kat perut untuk rasa jantung dia, terus dia tolak tangan aku balik.. huhu. Bila hubby pelak nak dengar degupan jantung ye, letak telinga kat perut, terus ditolaknya lagi..terasa tulang tangan kecil tu dah kuat. time tu rasa ajaib sangat. Terifikir macam mana indah ciptaan Tuhan ni. Dalam perut ibu boleh jadi nyawa baru dalam masa 9 bulan je, sedangkan saintis berkuru-kurun nak klon manusia, tak pernah mampu. Terfikir jugak ,macam mana la agaknya gabungan antara darah dua insan ni..huhuhu. Dan kadang-kadang buat aku tertanya-tanya. macam mana manusia boleh sanggup nak buang bayi yang dilahirkan macam tu je....

..Seronok...=)

Monday, August 23, 2010

I dont think i love my job anymore

Seyes.

Inilah tajuk blog saya hari ini.

Ntah ar. Yes i know, hari tu ye ye cakap keje ni besh gile ar, ape ar, dentam dentum guruh bagai. Yes. Tapi tu D.U.L.U. Ntah ar, maybe manusia ni memang diciptakan cepat boring. (dulu takut kawen sebab yang same gak..huahuahua). Boring dengan rutin yang sama, kerja yang berlambak tak habes habes kot. Ataupun sebab environment dia. Kije besh tapi environement kije tak besh, kije kita pun jadik tak besh gak, kan?

Apakah yang kita nakkan dalam dunia ni sebenarnya?

These couple of days, aku memang jadi tak keruan bila fikirkan ni semua. Until aku capai satu keputusan yang besh.
I desperately wanna be a housewifey
mungkin sebab memang sifat semulajadi, fitrah seorang wanita kot. Kepuasan sebenar akan tercapai bila rumahtangga aman, rumah ko kemas, tak bersepah, anak-anak sayangkan ko..(aku tau ramai yang baca ni tak kawen lagi, tapi believe me, u will experience all these). Itulah bila aku capai keputusan yang besar dalam hidup aku hari ni. I'm going back into business. YES. U heard me rite. Jum3 kita buat bisnes ramai-ramai nak? perniagaan kan ialah 9/10 cabang kekayaan.

Kepada minah minah n mat mat yang sibuk duk tanam anggur tu semua, kalau aku la jadik korang, lame dah aku wat bisnes tau tak? Bukan ade mende nak pikir pun, kalo jatuh, jatuh sorang-sorang. Bila ade komitmen ni lagi banyak mende nak kene pikir. Sape nak bayar sewa rumah? pinjaman kereta agi? huh. Kalo tak keje, takleh dah la makan piza hari-hari. hehe. Kontrak aku tamat bulan depan. Mood sekarang???malas gile nak sambung kontrak. Aku rasa maybe ni petunjuk yang Allah nak bagi kot. Sebab baru baru ni aku dah buat istikharah minta petunjuk jalan yang benar. Tapi kita tengok sama sama apa yang dipermudahkan olehNya untukku.

Sebagai penutup, meh share something:
Jadi orang pompuan ni senang sikit dari jadik orang laki. Kata hadis Rasulullah S.A.W.
Seorang wanita itu, jika dia melakukan 4 perkara, masuklah dia dari pintu syurga yang mana mana sekalipun, iaitu Solat 5 waktu, Taat pada suami, Puasa di bulan ramadan, bayar zakat
Mudah tak? Mudah kan..(aku harap info aku bagi ni betul,kalo tak betul sowi ek)hehe

Akherkata, Selamat beramal!

Tuesday, August 17, 2010

MEMBUKA PINTU REZEKI

Mari mari mari...kita buka minda pagi ramadan ni kawan kawan..=)

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah